Wednesday, June 2, 2010

Rebab

Rebab

Rebab
makam Mevlâna, Konya, Turki

Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi.

Isi kandungan


Bentuk

Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Kegunaan

Rebab banyak digunakan dalam muzik di Afghanistan. Selain itu, rebab juga digunakan gamelan dan muzik mengiringi Mak Yong, Main Puteri, dan Selampit di Malaysia dan Indonesia.

Cara bermain

Rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai pic.

No comments:

Post a Comment