Monday, June 21, 2010







Fail-Kostum_tarian_singa.jpg



Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Tuesday, June 8, 2010

Tarian Buluh

Tarian Buluh

Tarian Buluh boleh dilihat ditarikan oleh gadis-gadis kaum Kwijau dari Keningau Sabah. la ditarikan dengan melompat-lompat dan oleh sebab itu kemahiran menggerakan kaki penting , bagi menarikan tarian ini. Di antara alat muzik yang digunakan adalah gong dan buluh. Kedua alat ketukan ini dibunyikan untuk mendapatkan tempo untuk tarian ini. Pakaian tradisional masyarakat pendalaman Sabah digunakan bagi menarikan tarian ini.

Tarian Cik Siti Wau Bulan

Tarian Cik Siti Wau Bulan

tarian cik siti wau bulan

Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

Saron Pekin

Saron Pekin

Saron_Penerus_atau_Pekin

Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu. Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok (double the main melody). Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf yang tertinggi dalam keluarga Saron serta mampu untuk menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, Saron Pekin mempunyai bilah-bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah-bilah yang ada pada Saron Barong. Alat pemukul (sounding device) bagi Saron Pekin juga berbentuk penukul (hammer) yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Pemukul_saron penerus/pekin
Pemukul saron pekin

Sarong Barong

Sarong Barong

Sarong_Barong_1

Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Mempunyai oktaf tengah (middle octave) dalam keluarga saron yang terdapat dalam ensemble Gamelan Melayu. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan 'Cincang'. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat Saron Barung berukuran lebih kecil daripada Saron Demung' dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada Saron Demung. Dari segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi (sound pollution) setelah ianya dimainkan secara serentak dengan alat-alat melodi yang berlainan jenis yang wujud dalam ensemble berkenaan. Alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.

Sarong_Barong_2

Engkeromong

Engkeromong
Engkeromong

Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu.

Alat ini dikatakan alat ash bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara. Engkeromong begitu terkenal di kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian 'Ngajat'. Dalam konteks persembahan, engkeromong telah diatur di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise, menaik dan menurun.

Di bawah sistem idiofon terdapat juga alat dari keluarga knobedgong yang berukuran besar iaitu dikenali sebagai 'bandai'. Alat ini menyerupai alat 'tetawak' yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan lambang kuasa dan kekayaan bagi masyarakat Iban.

Tarian Ceracap Inai

Tarian Ceracap Inai

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.

Asal tarian

Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa Sultan Mahmud Shah mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.

Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.