Wednesday, June 2, 2010

Gong

Gong

Gong dan pemalu
Koleksi gong yang digunakan untuk gamelan

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' Melayu yang silam yang berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan sultan-sultan Melayu dahulu, gong akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja. Gong juga banyak di pulau jawa

Kompang

Kompang

Gambar sepasang kompang.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Gendang

Gendang

Salah satu gendang yang digunakan dalam Gamelan

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tarian Ngajat.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-

  1. Ngajat Induk
  2. Ngajat Bebunoh
  3. Ngajat Lesong
  4. Ngajat Semain
  5. Ngajat Berayah
  6. Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.


Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi seperti

Tarian Bharatanatyam

Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Isi kandungan


Tarian India

Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.

Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:

BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.

Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.

E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya.

Cara Bharata Natyam ditarikan

Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.

Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.

Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).

Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).

Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.

Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.

Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:

  • Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan halangan.
  • Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
  • Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
  • Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih.
  • Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
  • Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.
  • Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan.
  • Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.

Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, dia biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).

Tarian Singa

Tarian singa


Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Tarian Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepang




Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.